Tenang Telah Membawa Resah

(buat uda)

tenang telah membawa resah
resah telah membawa
kau ke mari
kau telah memilih
untuk tidak tinggal diam
setiap yang kau pegang
terasa lama
setiap yang kau jauhi
terasa dekat
waktu pintu tertutup
kau ingin keluar
waktu ruang terbuka
kau ingin duduk
kau duduk untuk berdiri
bungkusan yang kau buka
kau ikat kembali
yang kau pinta kau tolak
yang kau jerat kau lepaskan
setelah patuh kau ingkar
setelah menang kau mengalah

tenang telah membawa resah
resah telah membawa
kau ke mari
tapi kamarmu bukan di sini
dan kau merantau lagi

Puisi nukilan: Latiff Mohidin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *